Contoh- contoh soalan :
Seorang murid menjalankan satu penyiasatan untuk menyiasat perubahan pada sekeping roti yang direnjiskan air dan diletakkan di atas meja bilik Sains selama seminggu. Rajah di bawah menunjukkan keadaan roti selepas seminggu.

Soalan 1: Berdasarkan rajah di atas, nyatakan pemerhatian yang dapat dibuat?
Jawapan : Tompok-tompok hitam tumbuh di atas roti
Soalan 2: Nyatakan inferens berdasarkan jawapan di soalan 1.
Jawapan : Kerana mikroorganisma membiak dan bertumbuh
tompok-tompok hitam muncul di atas permukaan roti.
Tahniah.. jawapan anda betul.
Jawapan lain: Kulat tumbuh di atas roti.