sains​
FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS
Falsafah Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan
Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkasdan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
Mata pelajaran Sains di Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran teras dalam Standard Kurikulum Sains. Mata pelajaran sains sekolah rendah memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains kepada murid-murid sekolah rendah agar menjadi murid yang celik sains, seterusnya menyediakan murid-murid untuk mempelajari sains pada peringkat yang lebih tinggi.
SAINS TAHUN 6 (Semakan 2017)
TEMA DAN TAJUK
- TEMA : INKUIRI DALAM SAINS
- Kemahiran Saintifik
- TEMA : SAINS HAYAT
- Manusia
- Mikroorganisma
- Interaksi Antara Hidupan
- Pemeliharaan Dan Pemuliharaan
- SAINS FIZIKAL
- Daya
- Kelajuan
- TEMA : SAINS BAHAN
- Teknologi Pengawetan Makanan
- Bahan Buangan
- TEMA : BUMI DAN ANGKASA
- Gerhana
- Galaksi
- TEMA : TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI
- Kestabilan Dan Kekuatan
- Teknologi
KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS)
KEMAHIRAN SAINTIFIK
KPS 1 : Memerhati
Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena yang dikaji.
KPS 2: Mengelas
Mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan persamaan dan perbezaan melalui pemerhatian.
KPS 3: Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor dan alat berunit piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian lebih jitu.
KPS 4: Membuar inferens
Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.
KPS 5: Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
KPS6: Berkomunikasi
Menggunakan perkataan atau simbol grafik seperti jadual, graf, rajah atau model untuk menerangkan tindakan, objek atau peristiwa.
KPS 7: Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Memerihalkan perubahan parameter dengan masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz, isipadu, berat dan jisim.
KPS 8: Mentafsir data
Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
KPS 9: Mendefinisi secara operasi
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
KPS 10: Mengawal pemboleh ubah
Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan. Dalam sesuatu penyiasatan satu pembolehubah dimanipulasikan untuk memerhatikan hubungannya dengan pemboleh ubah yang bergerak balas. Pada masa yang sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
KPS 11: Membuat hipotesis
Membuat sesuatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
KPS 12: Mengeksperimen
Merancang dan menjalankan aktiviti untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan data, mentafsirkan data sehingga mendapat rumusan daripada aktiviti itu.