PENGENALAN
Inkuiri dalam Sains merupakan pendekatan pembelajaran sains melalui pengalaman. Secara amnya, inkuiri bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena di sekeliling. Sifat utama inkuiri ialah penemuan, iaitu apabila sesuatu konsep atau prinsip utama yang dikaji, ditemui oleh murid.
Aktiviti seperti mengeksperimen dapat membolehkan murid menyiasat sesuatu kejadian atau fenomena dan membuat kesimpulan berdasarkan dapatan eksperimen.
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran dalam menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik, contohnya seperti menjalankan eksperimen dan projek. Kemahiran saintifik terdiri daripada
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
A. Kemahiran Proses Sains (KPS)
Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan kemahiran yang digunakan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis dan sistematik.
Kemahiran Proses Sains adalah seperti berikut :
- Memerhati
- Mengelas
- Mengukur dan menggunakan nombor
- Membuat inferens
- Meramal
- Berkomunikasi
- Menggunakan perhubungan ruang dan masa
- Mentafsir data
- Mendefinisi secara operasi
- Mengawal pemboleh ubah
- Membuat hipotesis
- Mengeksperimen
B. Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains. Kemahiran Manipulatif Sains adalah seperti berikut :
- Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan
bahan dengan betul; - Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat;
- Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan
tepat; - Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul;
- Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan
selamat.