PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

 

 

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan

 

Dalam konteks kelestarian alam sekitar, pemeliharaan bermaksud tindakan atau usaha untuk melindungi alam semula jadi supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya. Pemuliharaan pula ialah usaha atau cara-cara untuk mengembalikan alam semulajadi kepada keadaan asal daripada kerosakan, pembaziran dan kepupusan.

 

 

Pemeliharaan haiwan dan tumbuhan ialah tindakan atau langkah-langkah untuk mengekalkan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal (semula jadi) yang seimbang. Manakala pemuliharaan haiwan dan tumbuhan pula bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan kepada keadaan asal (semula jadi) yang seimbang. Pemeliharaan dan pemuliharaan adalah penting bagi melindungi haiwan dan tumbuhan daripada terus diancam kepupusan.

 

 

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

 

  1. Mendidik masyarakat tentang kepentingan melindungi haiwan dan tumbuhan daripada ancaman kepupusan, melalui kempen atau aktiviti berkaitan.
  2. Perancangan pembalakan pokok secara terpilih perlu dijalankan untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar, serta dapat melindungi tumbuhan dan habitat semulajadi haiwan.
  3. Memboikot produk yang diperbuat daripada spesies terancam.
  4. Mengamalkan kitar semula bahan buangan tertentu seperti plastik dan kertas agar dapat membantu mengelakkan berlakunya pencemaran alam dan mengurangkan penebangan hutan.
  5. Mewartakan hutan simpan sebagai kawasan yang dilindungi oleh undang-undang supaya terpelihara daripada aktiviti merosakkan alam semula jadi. Contohya seperti kawasan hutan simpan Taman Negara, Taman Marin dan Tapak RAMSAR.
  6. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih tegas agar dapat melindungi haiwan dan tumbuhan daripada dieksploitasikan (pemburuan dan pembalakan haram) dan diancam kepupusan.

MISI

Mendidik masyarakat mencintai alam dan mengamalkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle)

CONTOH