Alam sekitar merupakan segala benda yang wujud di atas muka bumi ini sama ada yang wujud kerana aktiviti manusia mahu pun wujud secara semula jadi termasuk benda hidup dan bukan hidup. Secara ringkasnya, alam sekitar boleh dimaksudkan sebagai persekitaran yang mengelilingi kehidupan manusia.
Alam semulajadi pula merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di atas permukaan bumi ini. Ia merangkumi segala jenis hidupan seperti manusia, haiwan serta tumbuhan dan benda bukan hidup seperti batu, udara, air, serta juga iklim, tenaga, sinaran, kemagnetan dan sebagainya.